Berita: Sukan

KUALA LUMPUR: Susulan hukuman Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) membatalkan keputusan tiga perlawanan persahabatan dengan Cape Verde, Singapura dan Palestin dengan Malaysia dianggap tewas 0-3, skuad kebangsaan kini terkeluar daripada kelompok 120 terbaik dunia.
KUALA LUMPUR: Ada kemungkinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pasukan Harimau Malaya menerima hukuman tambahan susulan isu dokumentasi tujuh pemain warisan.
KUALA LUMPUR: Sepanjang pembabitannya dalam sukan badminton hampir 20 tahun, Datuk Lee Chong Wei mengumpul keseluruhan hadiah wang tunai berjumlah AS$1,814,407.50 (RM7,398,251.64).
KUALA LUMPUR: Kejayaan kontinjen Malaysia meraih keseluruhan 231 pingat pada temasya Sukan SEA 2025 mendapat pujian dan ucapan tahniah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.
KUALA LUMPUR: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mendenda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) AS$12,500 (kira-kira RM50,962) atas dua kesalahan yang dilakukan ketika aksi kelayakan Piala Asia menentang Nepal di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 18 November lalu.
BANGKOK: Api hijau temasya dipadamkan dalam majlis penutup penuh warna-warni dan bertenaga di Stadium Nasional Rajamangala, di sini menandakan Sukan SEA 2025 secara rasmi ditutup malam tadi.
BANGKOK: Presiden Persatuan Muay Thai Malaysia (PMM), Datuk Shahnaz Azmi mengumumkan ganjaran tunai peribadi sebanyak RM5,000 kepada setiap pemenang pingat emas sukan itu yang akan dikreditkan terus ke akaun mereka.
BANGKOK: Sasaran 200 pingat di Sukan SEA Thailand 2025 tercapai menerusi skuad berbasikal trek negara yang menghadiahkan pingat emas dalam acara kejar-mengejar berpasukan lelaki di Velodrom Hua Mark, Bangkok.
BANGKOK: Perguruan selama setahun di Thailand berbaloi bagi atlet muay thai negara, Yan Jia Chi apabila menewaskan wakil tuan rumah yang juga juara dunia untuk meraih pingat emas acara wai kru di Sukan SEA Thailand, semalam.
KUALA LUMPUR: Pearly Tan-M Thinaah mematahkan badi China dengan menewaskan gandingan Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian secara straight set dalam aksi pembukaan Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF, hari ini.
BANGKOK: Anak muda negara, Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar atau lebih ikenali dengan jolokan Miki, memenangi pingat emas acara Muay Thai lelaki 57 kilogram (kg).
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) memuktamadkan hukuman terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan kes menurunkan pemain yang didapati tidak layak dalam beberapa perlawanan antarabangsa Tier 1.
Channel 10 Malaysia March 16, 2026