Berita: Sukan

KUALA LUMPUR: Pasangan Aaron Tai-Kang Khai Xing menundukkan rakan senegara di ranking ke-45 dunia, Chia Wei Jie-Lwi Sheng Hao untuk menjuarai Kejohanan Antarabangsa Badminton Syed Modi India hari ini.
KUALA LUMPUR: Tujuh pemain warisan negara perlu berdepan satu lagi perbicaraan iaitu Tribunal FIFA yang akan bersidang dalam masa terdekat.
KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 16 Tahun (B-16) negara memenangi perlawanan keempat, kali ini menundukkan Singapura 2-1 di pusingan kelayakan Piala Asia B-17 2026 di Hanoi.
IPOH: Skuad hoki Malaysia yang diberi jolokan Speedy Tigers longlai apabila berhadapan Belgium yang membelasah pasukan negar itu 9-1 dalam perlawanan keempat Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah ke-13 di sini.
KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya bawah 16 (B-16) tahun membelasah Macau 5-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia B-17 2026 di Padang Vietnam YFTC, Hanoi.
IPOH: Isnin lalu, Malaysia berjaya menewaskan Kanada 3-2 dan seri 1-1 dengan New Zealand tetapi gagal mengekalkan momentum kemenangan apabila tumpas 3-4 kepada India pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) ke-31 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah.
JOHOR BAHRU: "Itulah bolaepak. Adakala kita cemerlang, ada waktu kita dikecewakan. Melbourne City bernasib baik menang". Demikian luahan Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz apabila tewas 0-2 kepada kelab Australia, Melbourne City FC pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) Zon Timur di Stadium Rectangular Melbourne, semalam.
KUALA LUMPUR: Andainya siasatan pihak berkuasa di empat negara lain mendapati wujudnya unsur jenayah dalam skandal pemalsuan dokumen pemain warisan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berisiko berdepan tekanan lebih meruncing.
KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) menjelaskan bahawa beliau tenang kerana ada keutamaan dan prinsip sendiri.
KUALA LUMPUR: Kuartet 4X100 meter wanita negara mampu mengejutkan lawan dan memenangi pingat, kata ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Manshahar Abdul Jalil.
KUALA LUMPUR: Wakil Malaysia di Kejohanan Golf Amatur Dunia (WAGC) hanya menduduki tempat ketiga acara individu akhir tatkala pasukan China menjuarai pusingan akhir di kejohanan yang diadakan di Pulau Jeju, Korea Selatan baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Gandingan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menundukkan pasangan Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu 21-16, 21-11 dalam aksi final Terbuka Australia di Sydney hari ini.
Something went wrong: Code invalid_params => Invalid authorization header. Please check the format.