Ada kekaburan di kalangan pembuat dasar berhubung penggunaan AI kerana mereka beranggapan ia mudah dilakukan, kata Exco Agama dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Fahmi Ngah.
"Ramai ingat penggunaan AI itu straight forward. Contohnya, kita hanya perlu guna aplikasi dari Google saja sedangkan kita harus tahu model yang mahu diguna pakai. Kita perrlu data, terutama data tempatan.