Kecil-kecil cili padi, Qabil Irfan Azlan, 13 yang diberi jolokan "Budak Nombor 4" membakar Litar Jerez, untuk mengungguli Perlumbaan 2 Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) Talent 2025 baru-baru ini.
Ia adalah kejuaraan berganda buat pelumba itu selepas menjuarai perlumbaan 1 terdahulu.
Sebelum menamatkan perlumbaan, Qabil disaingi sengit oleh pelumba Sepanyol, Izan Rodriguez yan hanya
menduduki tempat kedua. Seorang lagi pelumba Sepanyol, Andres Garcia pula di tempat ketiga.