Berita: Nasional

Perlis mengharamkan sebarang penjualan rokok elektronik tau vape di negeri itu berkuatkuasa 1 Ogos. Keputusan itu dibuat setelaha mengambil ira keburukan vape yang mungkin menjadi acman terhap pelbagai golongan, khususnya remaja dan murid. Menteri Besarnya, Mohd Shukri Ramli mengingatkan peniaga vape agar bersiap sedia mencari perniagaan alternatif yang tidaa kaitan denga bahan atau peranti yang boleh menjejaskan kesihatan. Katanya, lesen perniagaan vape mereka tidak akan diperbaharui dan akan ditamatkan segera.
Kerajaan Selangor akan meneliti pengharaman penjualan kokok elektronik atau vape di negeri itu, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari. Menurutnya, perkara itu bagaimanapun perlu dibincangkan Bersama Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri, Jamaliah Jamaluddin dan Jabatan Kesihatan negeri sebelum sebarang keputusan dibuat. Cadangan untuk mengharamkan penjualan vape itu akan dibentangkan di dewan undangan negeri, katanya. "Perkara ini bergantung kepada peraturan Persekutuan, kita akan dapat laksanakan cuma saya lihat ia perlu perbincangan bersama pihak berakaitan dan kalau ada keperluan kita buat. Saya perlu dapatkan keseluruhan fakta dan pandangan," katanya.
Waris sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan tragis di Jalan Chikus Sungai Lampan, Teluk Intan akan menerma pampasan serta bantuan kewangan berjumlah di antara RM58,000 hingga RM269,700. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata bantuan itu termasuk RM25,000 melalui Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara. Sementara itu, Kerajaan Negeri Perak juga akan menyalurkan bantuan awal kepada keluarga mangsa. Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata sumbangan itu sebagai tanda keprihatinan dan untuk meringanakan beban keluarga terbabit.
Polis mengesahkan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terkorban dalam nahas di Jalan Chikus-Sungai Lampam dekat Teluk Intan . Ketua Polis Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkataa, lapan maut di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal di hospital. Lima lagi anggota cedera ringan. "Semua yang maut dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat," katanya. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sayani Saidon pula berkata operasi menyelamat masih diteruskan dan beberapa anggota yang berjaya dikeluarkan sudah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk dirawat.
Jumaat ini, bersamaan 16 Mei, BDS Malaysia dan pelbagai NGO tempatan akan menganjurkan perarakan Protes Hari Nakba bermula dari Suruhanjaya Tinggi British ke Kedutaan Amerika. Protes Hari Nakba itu akan bermula dari jam 2.15 petang hingga 5 petang. Nakba bermula pada tahun 1943 tetapi ia tidak pernah berakhir, 77 tahun penindasan dan 77 tahun perjuangan. Ia berterusan dengan setiap bom digugurkan, setiap rumah dirobohkan, setiap nyawa diragut di Gaza dan Tebing Barat. Mereka akan berarak untuk menyatakan cukup pembunuhan beramai-ramai, cukup pembersihan etnik dan cukuplah berdiam diri.
Syarikat automasi Jerman, Sick AG, melabur RM1 bilion melalui anak syarikat tempatan Sick Sd Bhd bagi membangunkan pangkalan pembuatan berteknologi tinggi di Senai Airport City, Johor. Fasa pertama pembangunan secara berperingkat itu akan bermula dengan pelaburan RM280 juta menjelang 2026 dan akan meliputi kawasan 10 hektar. Projek itu akan menumpukan teknologi sensor canggih untuk pasaran automasi antarabangsa. Ini adalah antara projek besar Sick yang memberi impak tinggi di Johor dan akan membuka 2,500 peluang
Malaysia adalah pilihan terbaik dan paling sesuai untuk menempatkan loji tenaga nuklear disebabkan ia kurang terdedah kepada aktiviti tektonik seperti gempa bumi berbanding negara jiran di Asia Tenggara, kata Pengarah Climate Governance Malaysia, Gary Theseira. Pakar iklim itu berkata, Indonesia dan Filipina sudah menyatakan hasrat untuk meneroka penjanaan tenaga nuklear meskipun berada di kawasan tidak stabil geo-tektonik dan berhadapan risiko gempa bumi dan tsunami yang tinggi. Katanya, adalah lebih logik untuk menempatkan loji janakuasa nuklear di bahagian yang aktiviti tektoniknya kurang aktif seperti Malaysia.
Rancangan Amerika Syarikat untuk menarik balik sekatan eksport cip AI sofistikated adalah berita yang sangat dialu-alukan dan menjadi berita baik bagi pemain-pemain industri semiconductor Malaysia. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Aziz, berkata pentadbiran Amerika sedang mengkaji perkara itu. Bercakap kepada wartawan seusai melancarkan Malaysia Autoshow 2025 di MAEPS Serdang, beliau berkata pemain-pemain industri itu menyambut baik pengumuman bekenaaan. Menurutnya, beliau menjangkakan butiran terperinci mengenainya akan diumumkan tidak lama lagi.
Rakyat Malaysia dan negara asing yang tinggal secara haram di Amerika Syarikat ditawarkan AS$1,000 (RM4,268) untuk meninggalkan negara itu menerusi satu program amnesti. Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) Amerika Syarikat baru-baru ini melancarkan program penghantaran pulang secara sukarela itu melalui aplikasi CBP One milik agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP). Kerajaan Trump menawarkan bantuan kewangan dan dokumen perjalanan kepada mereka yang menetap secara haram di negara itu bagi memudahkan urusan pulang ke negara asal.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengajak pertubuhan wartawan dan pekerja media menggembleng tenaga untuk mengutuk pembunuhan kejam dan sistematik wartawan Palestin. Setakat ini, 213 wartawan syahid. Terbaru, penyiar dan penyunting berita, Nour Al-Din Matar Abdo terbunuh di kejiranan Al-Tuffah, timur bandar Gaza. "Ini bukan lagi kerosakan sampingan tetapi pemusnahan terancang terhadap suara kebenaran, Wartawan, pengamal media dan kesatuan akhbar Malaysia perlu bangkit bersuara," menurut kenyataan Mapim.
Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan Asean (Asean-BAC), Tan Sri Nazir Razak, memuji pendekatan Malaysia menangani tarif Amerika Syarikat dan menyifatkan ia harus menjadi teladan kepada negara lain di rantau ini. Menurutnya, kematangan diplomasi Malaysia dalam menangani isu tarif Amerika Syarikat melalui pendekatan yang tenang, perundingan berstrategi dan perancangan semula. Nazir menekankan beberapa negara bertindak balas terlalu cepat terhadap isu tarif, yang boleh menggugat kepentingan ekonomi Asean.
Sebuah kapal kargo yang membawa 15,800 biri-biri dari Australia untuk kegunaan jemaah haji di Makkah karam di luar pantai Laut Merah, dekat Sudan. Hampir semua haiwan bekenaan mati manakala biri-biri yang masih hidup diselamatkan oleh warga Sudan yang menggunakan perahu-perahu kecil. Pegawai pelabuhan berkata, kapal itu selesai memuatkan ternakan di Pelabuhan Suakin, Sudan apabila ia mula tenggelam ketika meninggalkan dermaga. Kapal itu, Badr 1, tenggelam pada awal pagi Ahad dan dikatakan melebihi had muatan. "Kapal ini sepatutnya hanya dibenarkan membawa 9,000 ekor kambing," katanya.
Channel 10 Malaysia January 19, 2026