Berita: Nasional

Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) mencerminkan komitmen Malaysia terhadap kesiapsiagaan pertahanan, keamanan serantau dan kerjasama strategik dalam menghadapi cabaran keselamatan global, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Enam lebuh raya dan 25 jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat sempena Sidang Kemuncak Asean Ke-46 yang berlangsung minggu ini. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata penutupan dan lencongan jalan dilakukan secara berjadual mengikut keperluan pergerakan delegasi dan tahap keselamatan. Katanya, langkah itu, membabitkan kawalan laluan dan pergerakan konvoi delegasi dari hotel penginapan ke lokasi mesyuarat serta tempat lawatan rasmi bermula 23 hingga 28 Mei. Menurutnya, penutupan dan lencongan jalan akan bermula seawal jam 7.30 pagi dan dijangka berterusan secara berperingkat hingga 8 malam sepanjang tempoh persidangan.
Pahang melucutkan 1,082 hak milik tanah apabila pemiliknya gagal menjelaskan tunggakan cukai tanah berkenaan. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata daripada jumlah itu 838 pemilik tanah tidak mengemukakan permohonan bagi pembatalan pelucutan hak. Menurutnya, berdasarkan rekod terkini, jumlah kutipan hasil penalti berkaitan tunggakan cukai tanah yang dikutip mencecah RM1.4 juta. "Ini bermakna bukan sahaja tanah dikerjakan secara tidak sah malah tanah tidak bayar cukai pun boleh dirampas," katanya baru-baru ini.
Kementerian Kesihatan (KKM) kini meneliti trajektori gelombang baru Covid-19 berikutan meningkatnya wabak itu sebanyak dua kali ganda yang dilaporkan di Singapura. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di Singapura membabitkan dua sub varian baru, Omicron. Katanya, kes gabungan varian KP 1 dan KP 2 menyumbang lebih dua pertiga daripada kes Covid-19 di negara jiran itu.
Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi tahun ini ditetapkan pada petang Selasa 27 Mei bersamaan 29 Zulkaedah 1446 Hijrah di 29 lokasi seluruh negara. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan memaklumkan penetapan tarikh awal Zulhijah akan disisytihar pada malam hari sama dan siarkan menerusi television dan radio Majlis Raja-Raja juga bersetuju bahawa cara penetapan awal Zulhijah adalah berdasarkanmengikut rukyah dan hisab Zulhijah adalah bulan terakhir dalam kalender hijrah. Ibadat haji dilakukan pada bulan ini dan Aidiladha disambut pada setiap 10 Zulhijah.
Sudah 77 tahun Nakba pertama berlalu. Detik bumi Palestin dirampas dan ribuan nyawa terkorban. Rakyat Palestin terus diusir secara paksa. Kini 90 peratus penduduk Gaza hilang tempat tinggal akibat serangan Israel yang berterusan. Lebih 53,000 nyawa terkorban sejak Oktober 2023. Untuk mengenang malapetaka itu, ribuan orang berhimpun secara aman di hadapan Menara Tabung Haji bagi menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin. Perhimpunan anjuran lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk BDS Malaysia itu bermula jam 2.15 petang dengan peserta membawa bendera Palestin, sepanduk serta berpakaian hitam putih sebagai simbol penentangan terhadap kekejaman rejim Zionis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang disifatkannya gigih membina bangsa. Menerusi laman Facebooknya, Anwar berkata dalam konteks membentuk masa depan anak bangsa, komitmen serta peranan dan dukungan guru adalah penting. "Melahirkan anak bangsa yang berjaya adalah dambaan semua, tidak hanya di pihak pembuat kebajikan. Jutaan penghargaan kepada guru dan negara ini perlukan kebersamaan kalian, terutama dalam usaha mewujudkan generasi penerus yang mandani dan berketrampilan," katanya.
Tabung Haji memperkenalkan platform pandu arah baru yang dinamakan Google Walk untuk membantu jemaah haji memastikan jalan pulang ke bangunan penginapan. Platform yang berasaskan Google Maps itu diperkenalkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Haji untuk menjamin jemaah haji tidak tersesat. Pengarah Operasi Maktab Tabung Haji, Mohd Fahmi Kamarudin, berkata platform itu dibangunkan khusus untuk kegunaan jemaah haji Malaysia yang menetap di tujuh bangunan penginapan jemaah di Makkah.
Presiden Russia, Vladimir Putin meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan jemputan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim untuk melawat Russia. "Saya ada satu permintaan besar. Sampaikan salam hormat saya kepada Sultan Ibrahim," kata Putin kepada Anwar seperti yang dilaporkan oleh Agensi Berita Russia (TASS). Kami menantikan keberangkatan baginda ke Russia, katanya. Dalam pada itu, Putin berkata Russia menjangkakan hubungan dengan Malaysia dan negara-negara anggota Asean akan terus berkembang.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa syarikat penerbangan Russia, Aeroflot menyambung semula penerbangan terus ke Malaysia untuk meningkatkan kesalinghubungan dana mengukuh rakyat dengan rakyat kedua-dua negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Russia adalah rakan karib Malaysia yang dihormati. Agensi berita Sputnik/RIA Novositi melaporkan, dalam pertemuan dengan Presiden Russia, Vladimir Putin, Anwar menyatakan harapan agar kedua-dua negara dapat mengadakan mesyuarat penting sepanjang lawatannya ke Russia itu. Anwar tiba di Russia untuk lawatan rasmi Selasa lalu. Ketibaan Anwar disambut di Kremlin, iaitu kediaman Presiden Vladimir Putin dan itu mencerminkan detik penting dalam memperkukuh hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan isu pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014 dalam pertemuannya dengan Presiden Russia, Vladimir Putin. Anwar berkata, perkara itu dibangkitkan semasa rundingan dua hala dengan Putin di Kremlin sebagai mewakili keluarga mangsa yang terjejas akibat nahas itu. Menurutnya, beliau sudah membangkitkan keputusan Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa mengenai perkara itu secara terus dengan Putin.
Channel 10 Malaysia January 19, 2026