Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu Malaysia memberi penekanan terhadap penguasaan dan pemartabatan bahasa kebangsaan sebagai sebahagian daripada agenda pembangunan nasional.
Menurutnya, negara maju seperti China, Russia dan Jepun sudah membuktikan bahawa kemajuan dalam bidang ekonomi, teknologi dan digital tidak pernah mengabaikan bahasa dan sastera mereka.
"Sebaliknya bahasa dijadikan sebagai asas pembinaan jati diri dan tamadun," katanya.
Beliau berkata, China sebagai contoh maju dalam bidang ekonomi dan teknologi tetapi tetap menakankan pendidikan karya klasik dalam Bahasa Cina seperti Mengzi di sekolah.
"Mereka mahu anak-anak kekal dengan identiti mereka dan tidak terjebak dan terpukau dengan karya asing yang mempengerauhi sikap dan jiwa anak muda," katanya di majlis Pelancaran Hadiah Bahasa Public Bank-Dewan Bahasa dan Pustaka