Berita: Nasional

Datuk Seri Anwar Ibrahim belum memikirkan soal rombakan Kabinet berikutan peletakan jawatan dua menteri kerana mereka sedang bercuti.
Perdana Menteri memaklumkan baginda berasa letih dan memutuskan untuk berehat di sana."Baginda berasa penat dan mahu berehat di IJN," katanya di sidang media penutupan Sidang Puncak Asean ke-46 semalam.
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Jabatan Imigresen yang menyerbu premis sembelih dan proses ayam di Pasar Borong Selayang mendapati ayam yang disembelih oleh warga asing tidak mengikut hukum syarak.
Asean, Majlis Kerjasama Teluk dan China yang membentuk gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS$24.87 trilion dan penduduk 2.15 bilion menawarkan peluang besar untuk usaha sinergi pasaran, meningkatkan inovasi dan menggalakkan pelaburan rentas sempadan, kata Pengerusi Asean, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Arab Saudi mengumumkan ibadah haji bagi tahun ini akan bermula pada 4 Jun susulan cerapan anak bulan yang menandakan permulaan bulan Zulhijjah mengikut kalender Islam. Tarikh itu diumumkan oleh Arab Saudi dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita rasmi negara itu Saudi Press Agency. Menteri Haji Arab Saudi, Dr Tawfiq al-Rabiah memaklumkan lebih sejuta jemaah dari seluruh dunia sudah tiba di negara itu bagi menunaikan ibadah haji. Tahun lalu, 1.8 juta umat Islam menunaikan ibadah haji, menurut angka rasmi pihak berkuasa Arab Saudi.
Asean, Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China sepakat mengutuk serangan terhadap orang awam di Gaza dan menggesa semua pihak terbabit menghentikannya. Dalam kenyataan bersama selepas Sidang Kemuncak Asean-GCC-China yang pertama kali diadakan itu, pemimpin-pemimpin gabungan serantau dan antara rantau itu menggesa diadakan gencatan senjata yang kekal. Mereka juga mahu akses tanpa sekatan untuk bantuan kemanusiaan, keperluan asas dan pemulihan perkhidmatan penting. Mereka juga mahu Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dibenar menjalankan kerja kemanusiaan di daerah itu. "Mereka menyuarakan kebimbangan terhadap perkembangan itu dan menyokong usaha berterusan bagi membebaskan semua tebusan serta mereka yang ditahan tanpa sebab," kata kenyataan itu.
Lebih 60,000 tiket bagi perlawanan Manchester United dengan gabungan bintang-bintang Asia Tenggara sudah terjual setakat ini. Sambutan luar biasa itu menjanjikan kemeriahan perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berkapasiti 80,000 penonton. Aksi itu nanti bukan sekadar perlawanan persahabatan malah simbol penghargaan kepada penyokong Red Devils selepas musim penuh kekecewaan. Ketibaan pasukan MU disambut meriah oleh peminat-peminat kelab itu yang bersorak sebaik bas rasmi yang membawa pemain MU tiba di perkarangan hotel.
Tunku Mahkota Johor (TMJ) kecewa dengan sikap segelintir pihak yang masih gagal menghargai pencapai JDT.
Deklarasi Kuala Lumpur yang dimeterai semalam bakal menjadi pemandu ke arah mencapai Visi Komuniti Asean 2045 lebih baik bagi generasi akan datang. Pengerusi Asean, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata masa depan itu mesti bersandarkan asas kemapanan dan keterangkuman seluruh anggotanya. "Integrasi Asean mesti benar-benar berpaksikan rakyat dan ini bermakna menutup jurang pembangunan, meningkatkan taraf hidup dan melabur dalam semangat kemanusiaan dan potensi rakyat. "Marilah kita bergerak ke hadapan dengan kejelasan dalam visi kita, kemantapan dalam tujuan dan perpaduan dalam kehendak kita untuk membina Asean bagi generasi akan datang," kataya di majlis pemeteraian Deklarasi Kuala Lumpur.
Akaun WhatsApp Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail digodam, menurut kenyataan pejabat menteri itu. Menurut kenyataan itu, perkara itu disifatkan erius dan laporan kepada pihak berkuasa ssudah dilakukan untuk Tindakan selanjutnya. "Kami mengingatkan orang ramai agar tidak terpedya dengan panggilan atau mesej yang mengakui diri dan menyamar sebagai Menteri itu, terutama yang membabitkan kewangan atau temujanji," maklum kenyataan itu. Orang ramai juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan sindiket penipuan melalui pelbagai aplikasi media sosial dan melaporkan tindakan penggodaman kepada pihak berkuasa.
Sidang Kemuncak Asean ke-46 selama dua hari adalah platform terbaik bagi pemimpin-pemimpin Asean meneliti kemajuan rantau itu dalam tiga teras utama - politik keselamatan, ekonomi dan sosiobudaya. Sidang itu menjadi medan utama bagi membincangkan isu serantau dan global yang semaki kompleks sepert isu Laut China Selatan, krisis kemanusiaan Gaza dan Myanmar, tarif perdagangan unilateral oleh kuasa besar, cabaran ekonomi digital dan rantaian bekalan. Selaku pengerusi Asean kali ini, Malaysia memikul tanggungjawab penting dalam membentuk hala tuju Komuniti Asean yang lebih kukuh, inklusif dan berdaya tahan. Fokus Malaysia ialah memastikan Asean kekal relevana, responsive berpaksikan rakyat selaras dengan wawasan jangka panjang Asean 2045.
Tabung Haji menasihatkan orang ramai supaya mengawasi tawaran palsu Visa Mujamalah yang giat dipromosikan menerusi pelbagai platform media sosial. Pengarah Operasi Pengelola Jemaah Haji, Anuar Ahmad berkata ia bagi menjamin kebajikan jemaah dan kelancaran ibadah haji. Menurutnya, individu yang menerima visa itu disaran berdaftar dan mengikuti perjalanan haji melalui mana-mana 37 badan yang dilesenkan oleh Tabung Haji di Bawah Seksyen 28 Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535). "Jika Visa Mujamalah ditawarkan oleh syarikat atau individu yang bukan dalam senarai 37 itu, ia adalah risiko besar," katanya.
Channel 10 Malaysia January 19, 2026