Berita: Nasional

KUALA LUMPUR: Keluarga berpengaruh tempatan didakwa mendalangi komplot untuk menjatuhkan kerajaan dengan menggunakan media antarabangsa serta pelobi luar negara.
KUALA LUMPUR: Datuk Ir. Ts. Shamsul Ahmad dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nsional Bhd (TNB) berkuatkuasa 1 Mac ini menggantikan Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan.
KUALA LUMPUR: Siasatan berhubung isu tatakelola dan ketidakaturan pengurusan kewangan membabitkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan bermula minggu depan.
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sedang gering susulan kesakitan musculoskeletal (melibatkan otot dan tulang) di bahagian belakang serta pinggul yang dihadapi baginda.
KUALA LUMPUR: Mungkinkah Pilihanraya Umum (PRU) ke-16 akan diadakan pada tahun ini ketika tempoh penggal masih berbaki lebih setahun?
KUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya sejak diperkenalkan, World #QuranHour 2026 memecah tradisi apabila akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menegaskan peranan sebagai penggerak kemajuan negara dengan memastikan bekalan elektrik yang stabil dan berdaya harap untuk kediaman, perniagaan, dan industri di seluruh Malaysia.
KUALA LUMPUR: Pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli menyifatkan apa sahaja yang akan berlaku di Mahkamah Timbang Tara (CAS) nanti bakal menjadi seperti 'bom atom' yang mampu mengubah landskap bola sepak negara dan dunia.
KUALA LUMPUR: Seorang saintis Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengharumkan nama negara apabila namanya diabadikan pada spesies baru parasit ikan yang ditemui penyelidik.
GOMBAK: Peguam Yayasan Kubra, Muhammad Hariz Md Yusoff berkata lapan laporan polis dibuat oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) terhadap individu dikenali Arun Dorasamy yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan berhubung isu kuil di Rawang.
KUALA LUMPUR: Rayuan membabitkan tujuh pemain warisan di Mahkamah Timbang Tara (CAS) paling awal dapat ditentukan Jumaat ini.
SEREMBAN: Seorang wanita dipercayai tidak menghormati bulan Ramadan menerusi siaran langsung di akaun TikTok miliknya, Ahad lalu disiasat oleh Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).
Channel 10 Malaysia March 16, 2026