Berita: Nasional

Kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan pelaksanaan cukai bernilai tinggi (HVGT), demikian menurut Kementerian Kewangan (MOF).
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, bertitah baginda akan memantau isu gangguan bekalan air Johor yang semakin kerap berlaku kebelakangan ini dan akan berusaha membantu menyelesaikannya.
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menegaskan bahawa keputusan Amerika Syarikat untuk mengurangkan tarif timbal balas ke atas eksport Malaysia daripada 25 peratus kepada 19 peratus dicapai tanpa menjejaskan hak kedaulatan negara untuk melaksanakan dasar-dasar penting demi menyokong kestabilan dan pertumbuhan sosioekonomi negara.
Sidang Dewan Rakyat semalam bergema dengan laungan 'Kekal Anwar' sejurus Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Kerajaan menyasarkan nilai eksport halal meningkat kepada RM80 bilion dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Kerajaan memperuntukkan RM611 bilion untuk menjayakan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dengan RM430 bilion membabitkan dana kerajaan.
Hutang isi rumah Malaysia mencecah RM1.65 trilion atau bersamaan dengan 84.3 peraatus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), namun aset kewangan isi rumah adalah 2.1 kali lebih besar yang memberi penampan kewangan yang kukuh, kata Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ling.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia tidak pernah mengambil sikap agresif berkaitan isu sempadan dengan Indonesia, sebaliknya mengikut undang-undang dan rundingan.
KUALA LUMPUR, 29 Julai — Amerika Syarikat menyambut baik pengisytiharan gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand yang diumumkan hari ini di Kuala Lumpur. Pengumuman itu disampaikan melalui kenyataan rasmi oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio.
Kejayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim merealisasikan gencatan senjata Kemboja-Thailand, adalah satu pencapaian besar yang mencerminkan kekuatan semangat Asean serta bukti komitmen Perdana Menteri terhadap diplomasi berpaksikan dialog.
Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyemak semula unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi 2025 kepada 4.0 peratus hingga 4.8 peratus daripada unjuran awal 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.
Sidang Dewan Rakyat sesi pagi pada Isnin kecoh seketika apabila isu 20 metrik tan sampah yang ditinggalkan peserta Himpunan Turun Anwar di ibu negara pada Sabtu lalu dibangkitkan.
Channel 10 Malaysia January 19, 2026