Berita: Nasional

TIANJIN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pelbagai penyusunan semula ekonomi global oleh Barat memberi petunjuk bahawa masa depan juga mesti ditulis dengan 'dakwat Asia'.
IPOH: Wanita tempatan yang cuba menyerang Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di pentas utama ketika sambutan rasmi Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak kelmarin, direman tiga hari.
KOTA KINABALU: Peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengulangi harapan mereka untuk mendapatkan kebenaran mengenai punca kematian pelajar itu pada inkues kematiannya di Mahkamah Koroner, di sini, yang bermula esok.
SHAH ALAM: Seorang guru wanita ditahan kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Bandar Rimbayu, Kuala Langat, pada 18 Ogos lalu.
TELUK INTAN: Eksport koko negara merekodkan nilai RM9.69 bilion sepanjang enam bulan pertama tahun ini, dipacu permintaan tinggi dari luar negara serta harga pasaran yang memberangsangkan, kata Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia (LKM), Datuk Dr Ramle Kasin.
PETALING JAYA: Penyanyi antarabangsa, Maher Zain, menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang berjiwa rakyat apabila tampil merendah diri saat mereka bertemu ketika solat Jumaat di Masjid Al-Ehsan, Bandar Kinrara, Puchong, kelmarin.
PUTRAJAYA: Kelancaran penganjuran Sambutan Hari Kebangsaan 2025 hari ini jelas menterjemahkan semangat patriotik yang tinggi dalam kalangan rakyat.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan tahniah kepada pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei, selepas muncul juara dunia di Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025, di Paris, hari ini.
KUALA LUMPUR: Keupayaan Lembaga Tabung Haji (TH) untuk terus menyediakan subsidi haji pada masa hadapan berada dalam keadaan berisiko jika trend aliran keluar dana bersih yang dialaminya sejak tiga tahun lalu tidak dibendung sewajarnya.
JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan semua masjid dan surau di Johor melaksanakan solat hajat serta doa selamat selepas beberapa gegaran berlaku di Segamat sejak kejadian pertama, Ahad lalu.
KUALA LUMPUR: Kajian mendedahkan pekerja muda berusia antara 25 hingga 34 tahun selain golongan wanita di negara ini (terutamanya berkemahiran tahap sederhana) lebih berisiko digantikan oleh kecerdasan buatan (AI) generatif.
PUTRAJAYA: Kementerian Perpaduan Negara akan memperluaskan program Malaysiaku Merdeka yang memberi penekanan kepada aktiviti pengibaran Jalur Gemilang sepanjang tahun.
Channel 10 Malaysia January 19, 2026