Berita: Nasional

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik bukan sekadar menjadi Raja Beregu Badminton Asia malah memenangi hadiah wang tunai RM163,715 selepas menjuarai kategori beregu lelaki di Kejohanan Badminton Asia di Ningbo, China, kelmarin. Pasangan beregu negara itu menewaskan pasangan tuan rumah Chen Bong Yau-Liu Yi 21-19, 21-17 dalam perlawanan akhir untuk menamatkan kemarau 18 tahun negara dalam kategori berkenaan. Terdahulu pasangan China ini mengalahkan Nur Izuddin dan Goh Sei Fei.
Kecil-kecil cili padi, Qabil Irfan Azlan, 13 yang diberi jolokan "Budak Nombor 4" membakar Litar Jerez, untuk mengungguli Perlumbaan 2 Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) Talent 2025 baru-baru ini. Ia adalah kejuaraan berganda buat pelumba itu selepas menjuarai perlumbaan 1 terdahulu. Sebelum menamatkan perlumbaan, Qabil disaingi sengit oleh pelumba Sepanyol, Izan Rodriguez yan hanya menduduki tempat kedua. Seorang lagi pelumba Sepanyol, Andres Garcia pula di tempat ketiga.
Pemain, jurulatih dan staf sokongan Harimau Malaya diulit kegembiraan apabila bukan sahaja menewaskan Nepal 2-0 malah menerima duit raya daripada Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail. Baginda berkenan memberikan duit raya kepada mereka sebagai tanda menghargai usaha dan dedikasi pemain, barisan jurulatih dan staf sokongan. Majlis berlangsung di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam, Johor.
Kerajaan perlu menggerakkan satu program di sekolah untuk mengatasi kelemahan ekosistem pembangunan badminton negara. Saranan itu dicetuskan oleh mantan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail kepada Channel10 dalam satu temubual bersama mantan pemain nombor satu dunia Roslin Hashim dan hos Abu Bakar Atan.
Tun Ameerul Luqman al-Hakim Tun Hasnul Azam mencatat sejarah sebagai pemain boling negara pertama memenangi kejuaraan Jelajah Profesional Bowlers Association (PBA) di Amerika Syarikat. Tun Hakim melakar sejarah itu apabila mengalahkan wakil Amerika Syarikat, Kevin McCune 269-227 dalam saingan akhir stepladder di National Stadium Reno, Nevada.
Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) diperkenal menerusi Belanjawan Selangor 2021 bertujuan menangani insiden pencemaran sungai dan kekurangan air mentah selain melibatkan inisiatif rondaan dan pemantauan proaktif 24 jam. SJAM sudah siap sepenuhnya dan diyakini boleh mengurangkan insiden pencemaran sekaligus mengelakkan gangguan bekalan air.
Jangan berangan-angan terlalu tinggi. Kita harus ukur baju di badan sendiri. Barangkali itulah yang ingin dipesan oleh Tengku Mahkota Johor kepada pimpinan baru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) termasuk Naib Presidennya, Datuk Dollah Salleh dan exco Datuk Zainal Abidin Hassan. Menurut Datuk Dollah, dalam kunjung hormat itu, TMJ menyarankan agar FAM menumpukan pada satu sasaran dulu, itu menjadi jaguh bolasepak Asia Tenggara.
Ada kekaburan di kalangan pembuat dasar berhubung penggunaan AI kerana mereka beranggapan ia mudah dilakukan, kata Exco Agama dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Fahmi Ngah. "Ramai ingat penggunaan AI itu straight forward. Contohnya, kita hanya perlu guna aplikasi dari Google saja sedangkan kita harus tahu model yang mahu diguna pakai. Kita perrlu data, terutama data tempatan.
Pelumba motosikal wanita negara, Saidatul Zakirah Zairin mencatat sejarah apabila memenangi tempat kedua di perlumbaan kedua Kejohanan Qatar Superstock 600 Championship (QSTK) dalam kategori QSSP 300, baru-baru ini.
Beberapa cadangan dasar sedang dipertimbangkan dalam menggubal cadangan pindaan Akta 711 sebagai penambahbaikan kepada akta perlindungan pemberi maklumat 2010, kata Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Azalina Othman.
Siling ditinggikan, lantai dinaikkan. Ertinya, pendapatan ditingkatkan untuk mensejahterakan rakyat. Dengan menaikkan pendapatan penjawat awam, pekerja swasta juga akan menikmati kenaikan berasaskan keuntungan syarikat mereka.
Pengorbanan pasukan boling negara yang mencatat kejayaan cemerlang di Kejohanan Boling Antarabangsa Piala Dunia di Hong Kong baru-baru ini terubat apabila Majlis Sukan Negara memberikan insentif RM90,000 sebagai mengiktiraf pencapaian mereka.
Something went wrong: Code invalid_params => Invalid authorization header. Please check the format.