Berita: Antarabangsa

SINGAPURA: Singapura akan membuka konsulat di Sabah dan Sarawak yang disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkukuh hubungan di antara rakyat kedua-dua negara.
SINGAPURA: Perbincangan berterusan mengenai Kawasan Maklumat Penerbangan (FIR) di antara Malaysia dan Singapura berakhir dengan kedua-dua pihak bersetuju bahawa sebarang pengaturan pada masa depan mesti memastikan pergerakan trafik udara berjalan lancar tanpa halangan.
KUALA LUMPUR: Hubungan perdagangan dengan Timor-Leste terserlah apabila berjaya memperoleh potensi jualan eksport bernilai RM78.48 juta melalui Misi Pemecutan Eksport (EAM).
HONG KONG: Lima belas individu ditahan dan ramai lagi mungkin ditangkap kerana disyaki membunuh tanpa niat berhubung kebakaran besar di kawasan kediaman.
TAPANULI SELATAN (Sumatera): Banjir dan ribut tropika di Selat Melaka yang mengorbankan lebih 800 mangsa di Indonesia, Malaysia dan Thailand minggu lalu adalah bencana yang semakin kerap berlaku akibat perubahan iklim, menurut pakar dan pemimpin tempatan Indonesia.
BANGKOK: Gara-gara peraturan tiket yang memerlukan pendaftaran kad pengenalan, penyokong bolasepak Thailand berikrar tidak akan memberi sokongan buat pasukan kebangsaan mereka di stadium menjelang aksi Sukan Sea.
HONG KONG: berkabung tiga hari bermula semalam selepas kebakaran di sebuah kompleks kediaman mengorbankan sekurang-kurangnya 128 orang, menjadikannya antara tragedi paling buruk dalam sejarah bandar itu.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengklasifikasikan beberapa cawangan tertentu kumpulan politik Ikhwanul Muslimin sebagai organisasi pengganas asing (FTO).
HONG KONG: Kebakaran besar melanda kompleks pangsapuri di sini dan sekurang-kurangnya 44 orang maut dan lebih daripada 200 orang hilang.
KUALA LUMPUR: Presiden Amerika, Donald Trump kini berdepan saat paling genting dalam kerjaya politiknya.
SUNGAI PETANI: Thailand mengeluarkan amaran banjir tahap merah di selatan negara itu menyebabkan pasukan penyelamat sukarela dari Malaysia sukar masuk ke Hatyai dan Songkhla.
NAIROBI: Tarif produk pertanian akan dihapuskan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan ekonomi Malaysia-Kenya.
Something went wrong: Code invalid_params => Invalid authorization header. Please check the format.