JOHANNESBURG: Malaysia memohon sokongan Afrika Selatan mengenai pencalonan negara di beberapa badan antarabangsa termasuk Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO), Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ECOSOC) dan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).
DHAKA: Bekas Perdana Menteri Bangladesh yang digulingkan, Sheikh Hasina dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah di Dhaka atas tuduhan melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dalam perbicaraan yang diadakan tanpa kehadirannya.
GAZA: Rakyat Palestin sengsara akibat hujan lebat dan suhu sejuk yang melanda Semenanjung Gaza; memburukkan lagi keadaan hidup ratusan ribu rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal.
MALDONADO, URUGUAY: Gara-gara tak puas hati dapat kad merah, pemain bolasepak tanduk pengadil! Mangsa hilang dua batang gigi dan mengalami pendarahan teruk di hidung
SEREMBAN: Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, menyatakan Malaysia.
bersedia menganjurkan rundingan semula di antara Thailand dan Kemboja susulan ketegangan terbaru yang berlaku di sempadan kedua-dua negara itu.
BEIJING: Kapsul pulang yang rosak kaibat dihentam serpihan sisa angkasa menyebabkan tiga angkasawan China terperangkap di Stesen Angkasa Tiangong, menurut kenyataan Agensi Angkasa China (CMSA).
ISTANBUL: Sesudah Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani berikrar untuk menangkap Benjamin Netanyahu, pendakwa raya Istanbul pula mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel itu.
JAKARTA: Satu letupan menggegarkan sebuah masjid di Sekolah Menengah Atas Negeri (SMAN) 72 Kelapa Gading di Jakarta Utara menyebabkan sekurang-kurangnya 54 cedera.
LAHORE: Mahnoor Omer, 25, peguam wanita Pakistan memfailkan saman terhadap kerajaan Pakistan di Mahkamah Tinggi Lahore berhubung pelaksanaan ‘cukai haid’ yang didakwanya membebankan wanita dan tidak adil.
SINGAPURA: Amaran kepada semua scammer di Singapura. Jika tertangkap, anda akan dirotan apabila kerajaan Singapura memperkenalkan hukuman enam sebatan terhadap pesalah penipuan dalam talian.