Berita: Antarabangsa

Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.6 pada skala Richter melanda Laut Banda, Indonesia pada jam 6.45 pagi. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya mengesahkan gempa bumi itu berkedalaman 171 kilometer pada jarak 413-kilometer selatan Ambon. Tiada ancaman tsunami dikesan di Malaysia susulan gempa berkenaan. Empat hari lalu, gempa bumi 4.1dilapor berlaku di Sabah dan gegerannya dirasakan di Tawau, Kunak dan Semporna.
Pakistan menembak jatuh lima pesawat India selepas serangan India terhadap Pakistan yang menyebabkan lapan orang terbunuh. Pakistan menyifatkan serangan itu sebagai tindakan perang terang-terangan dan adalah pertempuran terburuk dalam tempoh lebih dua dekad di antara kedua-dua negara itu. Pertikaian wilayah hamper 80 tahun berhubung Kashmir itu marak semula berikutan serangan yang meragut 26 pelancong Hindu di daerah Kashmir yang ditadbir India.
India mengisytihar perang terhadap Pakistan dan sejurus itu melancarkan serangan peluru berpandu ke tiga lokasi di Pakistan dan Kashmir yang ditadbir Pakistan, lapor Reuters. Agensi berita itu melaporkan, tembakan artileri berat dan letupan kuat di beberapa kawasan sempadan di Kashmir. Sebelum ini, India mengumumkan akan melancarkan serangan ke atas infrastruktur yang disifatkannya kubu pengganas di Sembilan lokasi. Pakistan berikrar akan bertindak balas terhadap serangan itu. Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa India dan Pakistan mengelak daripada mengambil sebarang tindakan yang boleh memburukkan keadaan.
Anak mantan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, Hannah Thomas, akan mencabar Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese dalam pilihanraya negara itu pada 3 Mei. Bertanding atas tiket Greens di Grayndler, Hannah yang asalnya dari Malaysia berpindah ke Australia selepas tamat belajar di sana pada 2009. "Ia sesuatu yang di luar lanar namun ia adalah mengujakan," kata calon termuda di Graydler itu yang galak menyokong perjuangan Palestin.
Jakim mengarahkan penarikan serta-merta beberapa produk dari Indonesia yang menggunakan logo sijil halal negara itu kerana mengandungi kesan DNA babi. Langkah itu diambil berikutan pengumuman Agensi Jaminan Produk Halal (BPJPJ) yang mengesahkan ujian yang dijalankan ke atas produk-produk berkenaan mengesan DNA babi di 11 sampel sembilan produk makanan di negara berkenaan. Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee menekankan produk-produk makanan berkenaan mungkin bertentangan dengan piawaian halal di Malaysia.
Israel dan Hamas bersetuju memeterai gencatan senjata bagi menghentikan perang 15 bulan di Gaza dan membebaskan baki tebusan. Langkah itu meningkatkan harapan untuk menamatkan konflik yang menggemparkan dunia itu.
Something went wrong: Code invalid_params => Invalid authorization header. Please check the format.