Berita: Antarabangsa

Harga minyak dunia melambung secara mendadak pada Jumaat selepas Israel menyerang tapak nuklear dan kemudahan tentera Iran, lapor laman berita Al Mayadeen.
Angkatan bersenjata Republik Islam Iran melancarkan gelombang serangan ke atas Israel sebagai membalas ancaman negara Yahudi itu Jumaat lalu.
Semua 242 penumpang dan anak kapal pesawat Air India yang terhempas sejurus berlepas dari bandar Ahmedabad, India menuju London disahkan terkorban, lapor Indian Express yang memetik sumber polis.
Menteri Kewangan II., Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dipertanggungjawabkan mengambil tindakan lanjut berikutan pengumuman kerajaan Singapura berkaitan pengambilan dua bidang tanah milik Malaysia di Woodlands.
Jet tempur India dipermalukan oleh jet pejuang buatan China yang digunakan oleh Pakistan dan Amerika Syarikat memperakui keunggulannya. Pertarungan udara atau dog fight itu memperlihatkan jet tempur Rafale India buatan Perancis disaingi dengan cemerlang oleh jet tempur Pakistan buatan Beijing.
Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi meramalkan cuaca sangat panas di Tanah Suci sepanjang musim haji 1446 Hijrah. Laporan agensi berita Arab Saudi, SPA menyebut suhu maksimum dijangka 40 hingga 47 darjah selsius manakala suhu minimum sekitar 27 hingga 32 darjah selsius.
Pesawat Yaman yang dijadual membawa jemaah haji ke Makkah dibom oleh Israel, lapor Reuters. Pesawat Yemenia Airways itu dibom di Lapangan Terbang Sanaa pada Rabu (28/5). Serangan Israel itu menyebabkan puluhan jemaah gagal berangkat ke tanah suci.
Presiden Russia Vladimir Putin menjadi sasaran utama dalam serangan ratusan drone Ukraine sewaktu dalam penerbangan untuk melawat wilayah Kursk, dakwa pegawai tentera Russia. Serangan itu berlaku sedang Presiden Russia itu melawat wilayah sempadan itu buat kali pertama sejak Moscow mendakwa ia telah mengusir tentera Ukraine dari sana. Helikopter yang dinaiki Putin diserang drone itu pada 20 Mei, kata Yury Dashkin, ketua pemerintah divisyen pertahanan udara Russia kepada agensi berita Tass.
Andainya tiada bantuan makanan tidak disalurkan ke Gaza dalam tempoh 48 jam, 14,000 bayi mungkin mati kebuluran, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pada 19 Mei, lima trak memasuki Gaza yang hancur lebur tetapi ia ibarat setitik air di lautan, kata Ketua Bantuan PBB, Tom Fletcher. Israel mengepung Gaza dan menghalang bantuan memasukinya sejak 2 Mac. Pakar-pakar kemanusiaan antarabangsa berkata, kebuluran tahap gaban sedang melanda Gaza yang dihuni oleh 2.3 juta penduduk Palestin.
okongan terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menurun kepada 42 peratus, menyamai tahap terendah dalam penggal barunya. Tinjauan terkini Reuters/Lpos mendapati penurunan itu dikaitkan dengan kebimbangan berterusan rakyat Amerika terhadap pengurusan ekonomi negara itu. Tinjauan tiga hari itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding minggu sebelumnya di mana 44 peratus rakyat Amerika menyatakan sokongan terhadap kepimpinan beliau. Walaupun angka itu rendah mengikut piawai sejarah, populariti Trump masih lebih tinggi berbanding kebanyakan tempoh penggal pertamanya dan lebih kukuh daripada Joe Biden.
Ikon global kesederhanaan dalam politik, bekas Presiden Uruguay, Jose Mujica, meninggal dunia pada usia 89 tahun, lapor Agensi Berita Jerman (DPA). Presiden Uruguay, Yamandu Orsi, mengumumkan kematian Mujica Selasa lalu. Mujica sekian lama berjuang melawan kanser esofagus yang telah merebak dan tidak lagi dirawat. Sepanjang menjadi presiden Uruguay, Mujica mendapat perhatian dunia kerana gaya hidupnya yang sederhana sehingga digelar "presiden termiskin di dunia" dan menjadi tokoh yang dihormati dalam kalangan haluan kiri Amerika Latin.
Presiden Russia Vladimir Putin mengalu-alukan peserta Forum Ekonomi Antarabangsa Russia-Islamic World KazanForum edisi ke-16 dan menyeru dipereratkan Kerjasama Russia dan blok negara Islam dalam bidang kewangan, teknologi dan keselamatan serantau. Agensi berita Anadolu Ajansi (AA) melaporkan Putin menyambut mesra peserta ke KazanForum yang akan bermula Selasa ini. Acara berlangsung hingga 18 Mei itu menghimpunkan delegasi dari lebih 100 negara. Meski berdepan ketegangan global, Russia komited untuk memperluaskan kerjasama dengan negara Islam dalam bidang ekonomi, sains, pendidikan dan kemanusiaan.
Something went wrong: Code invalid_params => Invalid authorization header. Please check the format.