Berita: Antarabangsa

Hujan deras yang mengguyur wilayah utara China dalam beberapa hari terakhir mengakibatkan bencana banjir besar di China, khususnya di Beijing.
Gelombang tsunami melanda wilayah Jepun bahagian utara seusai Russia digoncang gempa berkekuatan 8.7 skala Richter, Rabu.
Satu gempa bumi terkuat yang pernah direkodkan melanda kawasan timur jauh Russia yang jarang didiami awal pagi tadi, mencetuskan gelombang tsunami setinggi sehingga empat meter merentasi Lautan Pasifik.
Muslim Care Malaysia menggesa seluruh dunia terus memberi tekanan supaya segala bentuk bantuan dibenarkan untuk dibawa masuk ke Gaza, sekali gus mengelak masalah kebuluran yang semakin membimbangkan.
Pemimpin Kemboja dan Thailand menzahirkan keyakinan bahawa keputusan gencatan senjata yang dicapai hari ini akan membuka peluang besar kepada kedua-dua negara untuk mencapai kedamaian pada masa depan.
Thailand dan Kemboja mencapai kata sepakat melaksanakan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat sebagai langkah penting ke arah meredakan ketegangan dan mengembalikan keamanan di kawasan sempadan.
Kebakaran hutan dan tanah gambut yang semakin memburuk di wilayah Riau dan Sumatera, memusnahkan ratusan hektar kawasan, ketika usaha pemadaman berdepan cabaran akibat cuaca panas terik dan angin kencang, lapor portal berita Riau Online.
Thailand dan Kemboja dikesan saling berbalas tembakan artileri berat untuk hari ketiga berturut-turut sehingga kelmarin, dalam konflik sempadan yang sudah meragut sekurang-kurangnya 33 nyawa dan memaksa lebih 150,000 penduduk meninggalkan kediaman mereka.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres semalam menyelar masyarakat antarabangsa kerana memejamkan mata terhadap krisis kebuluran yang meluas di Gaza, menyifatkan ia sebagai 'krisis moral yang mencabar nurani global'.
DUNIA gusti kehilangan salah seorang legenda terbesarnya apabila bintang gusti profesional Amerika Syarikat (AS), Hulk Hogan, disahkan meninggal dunia pada usia 71 tahun akibat serangan jantung
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Thailand dan Kemboja setuju mengundurkan tentera negara masing-masing dari kawasan sempadan yang menyaksikan pertempuran sebelum ini.
Ketegangan sempadan di antara Thailand dan Kemboja meningkat ke tahap kritikal apabila tentera Thailand mengesahkan penggunaan jet pejuang F-16 untuk menyerang sasaran ketenteraan di wilayah Kemboja, susulan insiden tembak-menembak berhampiran Kuil Ta Moan Thom pada pagi Khamis.
Something went wrong: Code invalid_params => Invalid authorization header. Please check the format.