Berita: Antarabangsa

Komuniti di Atacama, utara Chile teruja menyaksikan fenomena menakjubkan apabila kawasan gurun paling tandus di dunia itu diselubungi salji.
Seorang pengadil bolasepak di Brazil ditahan polis sejurus dia melayangkan kad kuning dalam satu perlawanan amatur.
Malaysia menawarkan kepakarannya dalam bidang perbankan Islam dan industri halal kepada Kyrgyz bagi membantu membangunkan kemudahan serta perkhidmatan lebih menyeluruh, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kementerian Kesihatan Iran mengesahkan sekurang-kurangnya 610 terbunuh dan 4,746 cedera dalam tempoh 12 hari serangan udara Israel sejak 13 Jun, menjadikannya antara krisis kemanusiaan paling buruk dalam sejarah moden Iran.
Iran mengancam menutup Selat Hormuz, laluan laut paling kritikal di dunia yang menjadi tempat lalu lebih 20 peratus bekalan minyak global.
Seekor ikan keli bersaiz dua meter dan seberat 90 kilogram mencederakan sekurang-kurangnya lima perenang di Tasik Brombach dekat Bavaria, Jerman.
Ahli Kongres Amerika Syarikat mendakwa Presiden Donald Trump melancarkan serangan udara terhadap Iran tanpa kebenaran rasmi daripada Kongres .
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei bertegas bahawa Iran akan tetap teguh menghadapi sebarang bentuk paksaan, sama ada perang atau perdamaian yang dikenakan dari luar.
Bintang bolasepak terkemuka,Christiano Ronaldo mengirim jersi Portugal bertandatangan kepada Donald Trump dengan mesej "Bermainlah demi perdamaian" sebagai simbol gesaannya terhadap peranan Amerika meredakan konflik global.
Harga minyak dunia melambung secara mendadak pada Jumaat selepas Israel menyerang tapak nuklear dan kemudahan tentera Iran, lapor laman berita Al Mayadeen.
Angkatan bersenjata Republik Islam Iran melancarkan gelombang serangan ke atas Israel sebagai membalas ancaman negara Yahudi itu Jumaat lalu.
Semua 242 penumpang dan anak kapal pesawat Air India yang terhempas sejurus berlepas dari bandar Ahmedabad, India menuju London disahkan terkorban, lapor Indian Express yang memetik sumber polis.
Channel 10 Malaysia January 19, 2026