Berita: Antarabangsa

GAZA: Tentera Israel terus menyerang Semenanjung Gaza meskipun gencatan senjata diumumkan, lapor agensi berita Palestin,WAFA.
WASHINGTON: Amerika Syarikat akan mengenakan tarif 100 peratus ke atas import dari China dan menghadkan eksport teknologi, lapor agensi akhbar Jerman, DPA.
BANGKOK: Wabak influenza menular di Thailand dengan lebih 700,000 kes sejak awal tahun ini dan 61 kematian dilaporkan, menurut Pejabat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (ODPC).
KHAN YOUNIS: Warga Palestin di selatan Gaza yang meraikan perjanjian gencatan senjata untuk menamatkan perang selama dua tahun di wilayah itu menganggapnya bagai dilahirkan semula.
GAZA: Bakul makanan dan susu bayi adalah antara bantuan kemanusiaan baru yang dihantar oleh kerajaan Arab Saudi untuk menyokong rakyat Palestin.
MAINZ, Jerman: Gara-gara bau buah durian yang kuat yang disangka kebocoran gas, beberapa siri operasi bomba dijalankan di bandar Wiesbaden, barat Jerman.
KUALA LUMPUR: Israel mendera sukarelawan Malaysia yang ditahan dengan memukul muka, menarik rambut dan memberi mereka 'makanan haiwan'
ANKARA: Kumpulan sukarelawan selepas Global Sumud Flotilla, iaitu Freedom Flotilla Coalition hanya berbaki 430 batu nautika lagi dan dijangka tiba di perairan Gaza dalam tempoh tiga hingga empat hari, kata wakil pakatan itu.
KUALA LUMPUR: Disebabkan laungan Bebaskan Palestin, sukarelawan Global Sumud Flotila (GSF) yang ditahan Israel, dipaksa melutut dengan tangan diikat dengan tali zip nilon selama lima jam.
ISTANBUL: Akibat tidak mematuji peraturan data dan emberian data lengkap mengenai aktiviti penstriman langsung protes baru-baru lalu, Indonesia Jumaat lalu membekukan lesen operasi TikTok.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Israel membebaskan segera semua aktivis serta sukarelawan Malaysia dan antarabangsa yang ditahan.
KUALA LUMPUR: Tindakan Israel menceroboh dan menawan kapal Global Sumud Flotila yang dalam pelayaran membawa bantuan ke Gaza memicu bantahan, kemarahan dan demonstrasi di beberapa kota dunia.
Something went wrong: Code invalid_params => Invalid authorization header. Please check the format.