TIANJIN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pelbagai penyusunan semula ekonomi global oleh Barat memberi petunjuk bahawa masa depan juga mesti ditulis dengan 'dakwat Asia'.
JAKARTA: Rumah Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Republik Indonesia, Ahmad Sahroni dimusnahkan oleh masyarakat setempat susulan kenyataan kontroversi yang dikeluarkan oleh ahli politik itu.
WASHINGTON: Mahkamah Rayuan Persekutuan Amerika Syarikat memutuskan bahawa sebahagian besar tarif global yang dikenakan oleh Presiden Donald Trump adalah tidak sah, sekali gus memberi tamparan besar kepada dasar perdagangan unilateral pentadbiran beliau.
WASHINGTON: Kadar tarif Amerika Syarikat sebanyak 50 peratus berkuat kuasa hari ini ke atas kebanyakan produk India, menggandakan duti sedia ada ketika Presiden Donald Trump bertindak menghukum New Delhi kerana membeli minyak dari Russia.
KUALA LUMPUR: "Ini wasiat dan pesanan terakhirku. Jika kata-kata ini sampai kepadamu, ketahuilah bahawa Israel telah membunuhku dan membisukan suaraku".
Itu antara kata-kata terakhir wartawan Palestin, Anas al-Sharif, yang diterbitkan Al Jazeera.
Tentera Israel mula membekalkan penduduk Gaza dengan khemah dan kelengkapan perlindungan lain sebelum memindahkan mereka ke bahagian selatan wilayah itu bagi 'memastikan keselamatan mereka'.
China melancarkan edisi pertama World Humanoid Robot Games, sebuah acara sukan bertaraf antarabangsa yang menyaksikan lebih 500 robot humanoid dari 16 negara bersaing dalam pelbagai acara seperti bola sepak, pingpong, dan olahraga.
KISAH tragis kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir bukan hanya dibangkitkan masyarakat setempat, tetapi turut mendapat perhatian rakyat negara jiran, Thailand.
Gara-gara lebihan seekor ayam, sepasang suami isteri dari barat daya China terbabit dalam pertikaian mengenai pembahagian keseluruhan 29 ekor ayam ketika prosiding perceraian.
Dunia bola sepak Palestin kehilangan permata berharga apabila bekas penyerang kebangsaan, Suleiman al-Obeid, 41, digelar 'Pele Palestin', terkorban dalam serangan udara rejim Israel di selatan Gaza, kelmarin.