Zohran Mamdani Datuk Bandar New York

Foto Tangkap Layar / New York Times

NEW YORK: Kurang dikenali sebelum ini tetapi kemenangan Zohran Mamdani sebagai Datuk Bandar New York menandakan kemuncak kebangkitan luar biasa ahli politik berhaluan kiri.

Mamdani bukan ama besar dalam dunia politik tempatan, namun berjaya memimpin kempen berprofil tinggi untuk merebut jawatan tertinggi di bandar mega Amerika Syarikat.

Sejak memenangi pemilihan calon Parti Demokrat Jun lalu, warga New York sudah terbiasa melihat wajahnya di kaca televisyen dan beliau adalah orang Islam pertama menjawat jawatan itu.

Beliau mengalahkan calon bebas, bekas Gabenor Andrew Cuomo yang mendapat sokongan terbuka Presiden Donald Trump, dan calon Republican, Curtis Sliwa.

Ahli politik berusia 34 tahun itu dilahirkan di Uganda dalam keluarga berketurunan India dan menetap di Amerika sejak berusia tujuh tahun, sebelum menjadi warganegara pada 2018.