
MAINZ, Jerman: Gara-gara bau buah durian yang kuat yang disangka kebocoran gas, beberapa siri operasi bomba dijalankan di bandar Wiesbaden, barat Jerman.
Pasukan berkenaan dipanggil empat kali semalam kerana kebimbangan orang ramai mengenai kebocoran gas, lapor Agensi Berita Jerman (DPA).
Petang semalam, bomba dimaklumkan mengenai laporan sebuah pusat beli-belah yang mempunyai bau gas. Bau durian dari Asia Tenggara seumpama bau gas.
Alat pengukuran mereka bagaimanapun, tidak mengesan kehadiran gas, malah bangunan itu tiada sambungan gas.
Pada awal malam, perkhidmatan kecemasan dipanggil ke pasar itu sekali lagi, dengan bau gas dapat dihidu sekali lagi.
Semasa mencari di beberapa kedai berhampiran, anggota bomba dilaporkan menemui buah-buahan itu di sebuah pasar raya Asia.