
TEL AVIV: Video Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memesan minuman kopi di sebuah kedai disahkan oleh Chatbot kecerdasan buatan (AI) generatif, Grok sebagai kandungan yang dijana teknologi AI.
Kesahihan video berkenaan menimbulkan spekulasi mengenai status Netanyahu yang kini menjadi perhatian ramai, selain satu video yang menunjukkan beliau mempunyai enam jari.
Menerusi video terbarunya itu, Netanyahu menyindir khabar angin mengenai kematiannya yang tular di media sosial.
Apabila dimaklumkan terdapat laporan media menyatakan beliau meninggal dunia, Netanyahu secara berseloroh menyatakan hanya ‘mati’ untuk kopi.
Dalam rakaman itu juga, beliau mengangkat kedua-dua tangannya seolah-olah menunjukkan jumlah jari bagi menepis dakwaan kononnya video terdahulu sudah disunting.
Bagaimanapun, video itu terus menjadi perhatian selepas Grok menjawab pertanyaan pengguna dengan mendakwa rakaman berkenaan adalah hasil manipulasi AI.