Trump umum perjanjian dagang dengan China

Foto Tangkap Layar / AP

GYEONGJU: Selepas empat jam bermesyuarat peringkat tertinggi engan Presiden China Xi Jinping, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan butiran mengenai perjanjian perdagangan dengan China.

Kedua-dua pemimpin itu mengadakan mesyuarat di sela-sela Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELW) di Busan, Korea Selatan.

Menyifatkannya sebagai mesyuarat yang hebat dengan Jinping, Trump berkata, China bersetuju memulakan proses pembelian tenaga dari Amerika, dengan kemungkinan pembelian minyak dan gas dalam kuantiti yang sangat besar dari Alaska.

“(Setiausaha Tenaga AS) Chris Wright, (Setiausaha Dalam Negeri AS) Doug Burgum dan pasukan tenaga masing-masing akan bermesyuarat untuk melihat sama ada perjanjian tenaga seperti itu dapat dimuktamadkan,” umum Presiden AS itu di akaun Truth Social beliau, hari ini.

Selain itu, Trump juga berkata Jinping memberi kebenaran kepada China untuk memulakan pembelian dalam jumlah yang besar untuk kacang soya, sorgum dan produk pertanian lain.