Trump Umum Kadar Tarif Baru Isnin

Foto Fail/ AFP

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan mengumumkan kadar tarif baru terhadap 12 negara Isnin ini, lapor agensi berita Anadolu Ajensi.

“Saya sudah tandatangani beberapa surat dan ia akan dihantar Isnin. Kemungkinan besar akan ada 12 jumlah berbeza, kadar tarif berbeza dan kenyataan berbeza untuk setiap satu,” katanya.

Ketika ditanya negara mana yang terbabit, Trump enggan menyatakan secara terperinci.

Pengumuman itu dijangka merangkumi pelbagai kadar tarif dan kenyataan berasingan bagi setiap negara yang terbabit.