
WASHINGTON: Presiden Donald Trump mengancam akan menyasarkan loji janakuasa dan jambatan di Iran pada Selasa ini jika Selat Hormuz tidak dibuka semula.
“Selasa akan menjadi Hari Loji Janakuasa dan Hari Jambatan, semuanya digabungkan dalam satu hari, di Iran. Tidak pernah ada seumpamanya!!!” katanya dalam satu hantaran di Truth Social.
Ia merujuk laluan perkapalan utama itu yang didakwa ditutup secara berkesan oleh Tehran sejak AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran lebih sebulan lalu.
“Buka selat itu sekarang, kamu yang gila, atau kamu akan hidup dalam neraka, nantikan!,” kata Trump, sebelum mengakhiri hantaran pagi Easter.
Presiden itu secara berasingan berkata beliau akan mengadakan sidang media esok di Pejabat Oval selepas tentera Amerika menyelamatkan dua juruterbangnya susulan pesawat diterbangkan mereka ditembak jatuh di Iran.