Trump Tiada Mandat Kongres Serang Iran

Ahli Kongres Amerika Syarikat mendakwa Presiden Donald Trump melancarkan serangan udara terhadap Iran tanpa kebenaran rasmi daripada Kongres .

Kenyataan Thomas Massie dari Kentucky dan Senator Tim Kaine dari Virgina membuat kenyataan itu selepas Trump mengumumkan pesawat pengebom B-2 menggugurkan bom ke atas tiga tapak nuklear utama Iran, iaitu Fordo, Natanz dan Esfahan.

Menurut mereka, undang-undang di Dewan perwakilan dan Senat menuntut agar sebarang tindakan ketenteraan terhadap Iran memerlukan kelulusan Kongres terlebih dulu.

“Kita tidak boleh terjerumus ke dalam perang tanpa perbahasan dan kelulusan rakyat melalui wakil mereka,” kata Massie.