
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengugut akan mengebom Iran sekali lagi jika negara itu terus meningkatkan uranium ke tahap membimbangkan.
Trump memberi reaksi itu terhadap kenyataan Ali Khamenei yang mendakwa Iran telah “menampar muka Amerika” dan menekankan Iran tidak akan sesekali tunduk kepada tekanan asing.
Pemimpin Amerika itu juga menempelak Khamenei dengan mendakwa dia telah menyelamatkan nyawa ketua negara Iran itu.
“Negaranya musnah, tiga tapak nuclear jahatnya dimusnahkan sepenuhnya dan saya tahu lokasi persembunyiannya tetapi saya tidak benarkan Israel mengambil nyawanya,” kata Trump.