
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengklasifikasikan beberapa cawangan tertentu kumpulan politik Ikhwanul Muslimin sebagai organisasi pengganas asing (FTO).
Perintah itu secara khusus menamakan cawangan-cawangan Ikhwanul Muslimin di Lebanon, Mesir dan Jordan.
Ia mendakwa cawangan berkenaan terbabit di dalam atau memudahkan dan menyokong kempen keganasan dan ketidakstabilan sehingga memudaratkan rantau mereka sendiri, warga Amerika dan kepentingan Amerika.
Penjenamaan oleh Amerika sebagai kumpulan “pengganas” asing membolehkan Washington mengambil tindakan punitif seperti membekukan sebarang aset yang mungkin dimiliki kumpulan itu di Amerika dan menafikan kemasukan kepada ahli-ahlinya.