
ALLENWOOD: Tim Leissner, bekas pegawai bank Goldman Sachs, memulakan hukuman penjara dua tahun atas pembabitannya dalam satu penipuan kewangan terbesar dalam sejarah.
Peguamnya, Henry Mazurek, Leissner, berkta Leissner menyerah diri semalam di sebuah institusi pemulihan persekutuan di Allenwood, Pennsylvania.
Penahanannya berlaku lapan tahun lalu, selepas dia mengaku bersalah membantu menyeleweng AS$4.5 bilion daripada dana kekayaan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Penipuan itu menjatuhkan kerajaan Malaysia dan mengakibatkan Goldman Sachs membayar lebih AS$5 bilion bagi menyelesaikan tuntutan salah laku yang didakwa.
Leissner, kelahiran Jerman berusia 56 tahun, sejak awal mengaku terbabit dalam skim yang diketuai oleh ahli perniagaan Malaysia, Jho Low.