Thailand Kerah jet F-16 Serang Kemboja

Foto Hiasan

Ketegangan sempadan di antara Thailand dan Kemboja meningkat ke tahap kritikal apabila tentera Thailand mengesahkan penggunaan jet pejuang F-16 untuk menyerang sasaran ketenteraan di wilayah Kemboja, susulan insiden tembak-menembak berhampiran Kuil Ta Moan Thom pada pagi Khamis.

Serangan dilakukan sebagai tindak balas terhadap dakwaan serangan roket BM-21 oleh Kemboja yang mencederakan dua anggota tentera dan membunuh dua orang awam di wilayah Surin.

Kemboja menafikan dakwaan itu dan menyifatkan tindakan Thailand sebagai pelanggaran kedaulatan, manakala Thailand menutup semua pintu sempadan dan memindahkan lebih 40,000 penduduk dari kawasan berisiko.

Jurucakap tentera Thailand, Richa Suksuwanon berkata, satu daripada enam jet F-16 yang dikerahkan telah melepaskan bom ke atas sasaran tentera Kemboja seperti yang dirancang.