
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Thailand dan Kemboja setuju mengundurkan tentera negara masing-masing dari kawasan sempadan yang menyaksikan pertempuran sebelum ini.
Anwar berkata, beliau berkesempatan berhubung melalui telefon bersama pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, agar masalah di antara kedua negara diselesaikan melalui rundingan.
Beliau berkata, antara permintaan Malaysia adalah kedua-dua pasukan tentera negara melakukan gencatan senjata dan segera berundur daripada sempadan bagi mengelak ketegangan lebih serius.
“Semalam, saya dapat bicara bersama pemangku Perdana Menteri Thailand dan Perdana Menteri Kemboja (mengenai konflik antara negara) kerana kedudukan Malaysia dan hormat mereka kepada kita.