Thai-Kemboja Setuju Gencatan Senjata Serta-Merta

Foto PMO

Thailand dan Kemboja mencapai kata sepakat melaksanakan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat sebagai langkah penting ke arah meredakan ketegangan dan mengembalikan keamanan di kawasan sempadan.

Persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat khas di antara Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak sebagai hos, Pengerusi Asean dan saksi kepada perbincangan bersejarah itu.

Pada sidang media bersama selepas mesyuarat itu, Anwar berkata, kedua-dua negara bersetuju melaksanakan beberapa langkah susulan.

“Ia termasuk mengadakan mesyuarat tidak rasmi di antara komander wilayah satu dan dua bagi pihak Thailand dan wilayah empat serta lima bagi pihak Kemboja bermula jam 7 pagi, 29 Julai 2025.