
MALDONADO, URUGUAY: Gara-gara tak puas hati dapat kad merah, pemain bolasepak tanduk pengadil! Mangsa hilang dua batang gigi dan mengalami pendarahan teruk di hidung
Insiden itu berlaku ketika perlawanan akhir divisyen simpanan di antara San Lorenzo dan Central Molino di Maldonado pada Rabu lalu.
Tindakan ganas pemain San Lorenzo itu berjaya dirakam.
Berdasarkan laporan, pengadil bolasepak itu melayangkan dua kad merah terhadap dua pemain San Lorenzo kerana menghina pengadil.
Tindakannya itu mengundang rasa tidak puas hati pasukan yang mendorong seorang lagi pemainnya bertindak menyerbu dan menanduk muka pengadil yang dikenali sebagai Alexis Ferreira.