Taklimat Kabinet keselamatan Israel tanpa Netanyahu

Foto Media Sosial

TEL AVIV: Ketiadaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di taklimat Kabinet keselamatan Israel yang biasa dipimpinnya mencetuskan spekulasi di kalangan pihak politik serta media.

Ketidakhadiran yang tidak dijangka ini menarik perhatian dan menguatkan andaian bahawa pemimpin Israel itu terkorban atau cedera dalam serangan Iran baru-baru ini.

Sebelum ini, pejabat Perdana Menteri Israel menafikan desas-desus yang mendakwa Netanyahu telah terkorban, menyifatkannya sebagai berita palsu.

Dalam video itu kelihatan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz bersama lima pegawai tinggi tentera rejim Zionis memberi penerangan mengenai situasi terkini di Tel Aviv pada 14 Mac lalu.

Spekulasi mula timbul selepas satu video yang dimuat naik di X menunjukkan Netanyahu berucap dalam sidang media mengenai konflik Israel‑Amerika Syarikat terhadap Iran sejak 28 Februari lalu.

Beberapa pengguna mendakwa terlihat enam jari pada tangan kanannya, menimbulkan persoalan sama ada rakaman itu mengalami kecacatan hasil AI.

Netanyahu tidak muncul di khalayak umum hampir tujuh hari sejak ucapan terakhirnya bertajuk ‘Rakyat Iran, saat kebenaran akan tiba’.