Suami Isteri Bertikai Gara-Gara Seekor Ayam

Foto Hiasan

Gara-gara lebihan seekor ayam, sepasang suami isteri dari barat daya China terbabit dalam pertikaian mengenai pembahagian keseluruhan 29 ekor ayam ketika prosiding perceraian.

Setelah gagal mencapai kata sepakat, hakim menasihatkan mereka untuk memasak dan makan lebihan seekor ayam itu sebagai ‘hidangan perpisahan’ sebelum bercerai.

Idea itu bukan sahaja praktikal, malah mencerminkan falsafah Konfusianisme yang memupuk rasa hormat dan keseimbangan walaupun pada saat perpisahan. Pasangan itu, Tu dan Yang, adalah penternak haiwan dan tidak mempunyai aset lain selain rumah yang dibina sendiri.

Fokus pembahagian aset mereka tertumpu kepada 53 ekor ternakan unggas, namun 29 ayam menjadi titik pertikaian kerana tidak dapat dibahagikan sama rata.

Di mahkamah, Tu berkata, dia layak mendapat lebih seekor kerana mempunyai ikatan emosi dengan haiwan itu, namun Yang tidak bersetuju kerana dia juga banyak berusaha menjaga ternakan berkenaan.