Sokongan terhadap Trump turun

Sokongan terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menurun kepada 42 peratus, menyamai tahap terendah dalam penggal barunya.

Tinjauan terkini Reuters/Lpos mendapati penurunan itu dikaitkan dengan kebimbangan berterusan rakyat Amerika terhadap pengurusan ekonomi negara itu.

Tinjauan tiga hari itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding minggu sebelumnya di mana 44 peratus rakyat Amerika menyatakan sokongan terhadap kepimpinan beliau.

Walaupun angka itu rendah mengikut piawai sejarah, populariti Trump masih lebih tinggi berbanding kebanyakan tempoh penggal pertamanya dan lebih kukuh daripada Joe Biden.