
Menteri Kewangan II., Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dipertanggungjawabkan mengambil tindakan lanjut berikutan pengumuman kerajaan Singapura berkaitan pengambilan dua bidang tanah milik Malaysia di Woodlands.
Mesyuarat Jemaah Menteri membincangkan perkara itu semalam susulan laporan media mengenai tindakan pihak berkuasa republik itu. Penguasa Tanah Singapura mewartakan rancangan pengambilalihan tanah itu bagi pembangunan semula dan perluasan Pusat Pemeriksaan Woodlaands.