Sengsara di Gaza terus meruncing ketika Ramadan

Foto AFP

GAZA: Ramadan di Gaza penuh kesengsaraan apabila krisis kemanusiaan terus meruncing walaupun gencatan senjata masih berkuatkuasa.

Sesudah kehilangan tempat tinggal, ratusan ribu rakyat Palestin kini kekurangan bekalan makanan, air bersih serta kemudahan perubatan.

Keadaan semakin kritikal bagi keluarga yang dipindahkan dan Ramadan disambut dalam khemah sementara yang serba daif dan penuh kekurangan.

Seorang penduduk yang tinggal bersama enam ahli keluarganya di sebuah khemah, Raed Hajjaj, berkata usaha mendapatkan makanan menjadi kebimbangan harian kerana mereka tidak mempunyai sumber pendapatan tetap dan bergantung hampir sepenuhnya kepada dapur amal serta bantuan kemanusiaan.

“Kami sekeluarga tujuh orang. Kami menerima satu bungkusan makanan setiap minggu atau setiap 10 hari, jika berjaya mendapatkannya.

“Kami hidup bergantung kepada dapur amal atau sekadar roti. Ia langsung tidak mencukupi,” katanya.