
Dua pelancong Malaysia yang dibakar lelaki Thailand dilaporkan sempat berbual dengan penyerang mereka sebelum kejadian.
Menurut saksi, kedua-dua mangsa dilihat berbual dengan lelaki berkenaan sebelum beredar dan kemudian duduk di tangga pusat beli-belah.
Lelaki yang dikenali sebagai Warakorn itu kembali menghampiri kedua-dua mangsa dan menuang ‘thinner’ atau bahan pencair sebelum menyalakan api menggunakan pemetik api miliknya ketika mereka cuba melarikan diri.
Orang ramai yang berada di tempat kejadian segera campur tangan dan menahan penyerang sehingga polis tiba.