Sembilan Bom Dilapor Digugur Berhampiran Bot GSF

Foto Reuters

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya sembilan bom dilapor digugurkan berhampiran bot misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla, lapor wartawan antarabangsa Sulaiman Ahmad di laman X.

Dalam perkongsiannya, Sulaiman Ahmed, menyatakan empat vesel terkena serangan itu manakala tiga peranti mengandungi bahan sulfur turut mendarat di atas dek kapal.

Menurutnya,mereka insiden itu menyebabkan beberapa vesel mengalami kerosakan.

Bagaimanapun, tiada kecederaan serius dilaporkan setakat ini.

Serangan berlaku ketika mereka menuju perairan Gaza sebagai sebahagian daripada usaha membawa bantuan kepada penduduk terjejas akibat konflik berterusan di wilayah itu.

Foto Tangkap Layar