Rusia kirim 13 tan bantuan kemanusiaan ke Iran

Foto AFP

MOSCOW: Russia menghantar 13 tan bantuan kemanusiaan ke Iran melalui Azerbaijan, lapor Anadolu Ajansi.

Kementerian Situasi Kecemasan Russia memaklumkan bahawa ia telah menghantar bantuan itu pada Khamis.

Penghantaran berkenaan kebanyakannya ubat-ubatan telah dihantar ke Azerbaijan sebelum dipindahkan kepada pihak berkuasa Iran.

Menurut kementerian itu, penghantaran bantuan berkenaan dilaksanakan atas arahan Presiden Vladimir Putin.