
Bintang bolasepak terkemuka,Christiano Ronaldo mengirim jersi Portugal bertandatangan kepada Donald Trump dengan mesej “Bermainlah demi perdamaian” sebagai simbol gesaannya terhadap peranan Amerika meredakan konflik global.
Jersi itu disampaikan semasa sidang kemuncak G7 di Kanada menerusi Presiden Majlis Eropah, Antonio Costa ketika pemimpin dunia membincangkan isu-isu geopolitik, khususnya konflik Iran-Israel.
Ronaldo dikenali sebagai penyokong keamanan dan empati terhadap mangsa konflik termasuk di Gaza.
Mesej itu dilihat sebagai isyarat simbolik terhadap keprihatinan peranan lebih adil oleh Amerika dalam isu dunia Islam.