
Raja Charles III merasmikan blok bangunan baru sempena ulang tahun ke-40 Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS), pada Khamis lalu.
Blok baru itu, yang dinamakan secara rasmi sebagai King Charles III Wing, adalah simbol penghargaan terhadap sokongan berterusan beliau terhadap institusi itu sejak hampir tiga dekad lalu.
Ketibaannya disambut meriah oleh murid sekolah serta komuniti antara agama yang turut hadir memeriahkan majlis berkenaan.
Raja Charles telah menjadi penaung rasmi OCIS sejak tahun 1993, dan komited dalam usaha memperkukuh kefahaman antara agama serta penyelidikan berkaitan tamadun Islam.
Dalam lawatan itu juga, beliau melancarkan satu inisiatif baru dikenali sebagai Program Raja Charles III, yang dijangka memperluas lagi pembabitan pusat itu dalam wacana ilmiah dan dialog antara budaya.-REUTERS