Putin hampir mati diserang drone

Foto Reuters

Presiden Russia Vladimir Putin menjadi sasaran utama dalam serangan ratusan drone Ukraine sewaktu dalam penerbangan untuk melawat wilayah Kursk, dakwa pegawai tentera Russia.

Serangan itu berlaku sedang Presiden Russia itu melawat wilayah sempadan itu buat kali pertama sejak Moscow mendakwa ia telah mengusir tentera Ukraine dari sana.

Helikopter yang dinaiki Putin diserang drone itu pada 20 Mei, kata Yury Dashkin, ketua pemerintah divisyen pertahanan udara Russia kepada agensi berita Tass.