Produk guna sijil halal Indonesia/DNA babi dikesan

Jakim mengarahkan penarikan serta-merta beberapa produk dari Indonesia yang menggunakan logo sijil halal negara itu kerana mengandungi kesan DNA babi.

Langkah itu diambil berikutan pengumuman Agensi Jaminan Produk Halal (BPJPJ) yang mengesahkan ujian yang dijalankan ke atas produk-produk berkenaan mengesan DNA babi di 11 sampel sembilan produk makanan di negara berkenaan.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee menekankan produk-produk makanan berkenaan mungkin bertentangan dengan piawaian halal di Malaysia.

Beliau menggesa pengimport untuk menghubungi Jakim untuk proses mengeluarkan produk-produk itu dari pasaran.

“Melindungi hak penggunaa Islam dan memastikan integriti sistem pensijilan halal adalah priority kami,” katanya.

Senarai produk-produk yang dikesan mengandungi DNA babi adalah seperti berikut:

The Indonesian Halal Authority and JAKIM