
RABAT: Iran akan dipimpin oleh Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, Ketua Kehakiman dan seorang ahli Majlis Penjaga Perlembagaan secara sementara selepas kematian Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei.
Agensi Berita Russia (TASS), yang memetik Agensi Berita Republik Islam (IRNA), mereka akan memimpin negara sepanjang tempoh peralihan kuasa.
Sebelum ini, IRNA melaporkan bahawa Khamenei terbunuh susulan serangan oleh Israel dan Amerika Syarikat. Beliau syahid selepas serangan pada pagi Sabtu, menurut laporan itu.