Prabowo Rombak Kabinet, Gugur Lima Menteri

Foto Agensi

JAKARTA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto merombak Kabinet pimpinan beliau, lebih seminggu selepas siri demonstrasi ganas melanda negara itu.

Pengumuman itu dibuat Menteri Setiausaha Negara, Prasetyo Hadi di Kompleks Istana, Jakarta Pusat pada Isnin.

“Keputusan itu dibuat atas pelbagai pertimbangan dan penilaian dibuat Presiden. Oleh itu, beliau melakukan perubahan struktur Kabinet Merah Putih melibatkan beberapa jabatan,” katanya.

Lima kementerian terbabit ialah Kementerian Koordinator Bidang Politik dan Keamanan yang dipimpin oleh Budi Gunawan, Kementerian Kewangan yang dipimpin oleh Sri Mulyani, Kementerian Perlindungan Pekerja Migran Indonesia.

Selain itu, Kementerian Koperasi yang dipimpin oleh Budi Arie Setiadi dan Kementerian Pemuda dan Olahraga pimpinan Dito Ariotedjo.

Prabowo juga bakal melantik Menteri Haji dengan menubuhkan Kementerian Haji susulan pembongkaran skandal kuota haji, baru-baru ini.