
Seorang pengadil bolasepak di Brazil ditahan polis sejurus dia melayangkan kad kuning dalam satu perlawanan amatur.
Dalam insiden mengejut itu, Ederson Carlos da Silva, 38, sedang mengadili perlawanan Ahad lalu apabila sekumpula polis berpakaian kalis peluru menyerbu padang dan menggarinya di hadapan pemain dan penonton.
Da Silva ditahan berikutan dia dikatakan terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah.
Ketua Polis Sao Paolo, Glaucus Silva, berkata polis berjaya mengesan keberadaan Da Silva hasil aktiviti media sosialnya yang aktif.