
TOKYO: Budaya kuat kerja Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, menyebabkan beliau hanya tidur sekitar dua hingga empat jam setiap malam.
Perkara itu dikongsi ketika beliau berdepan kritikan kerana menggalakkan budaya kerja berlebihan.
Pendedahan mengenai jadual tidurnya yang amat singkat itu dibuat selepas Takaichi pada minggu lalu mengatur mesyuarat kakitangan jam 3 pagi di pejabatnya bagi persiapan sesi Parlimen.
“Saya kini tidur kira-kira dua jam, paling lama empat jam. Saya rasa ia tidak baik untuk kulit saya,” katanya di hadapan jawatankuasa perundangan apabila ditanya mengenai kepentingan mengurangkan tempoh kerja panjang yang sudah lama dikaitkan dengan budaya kerja Jepun.